Trending By: Bibi Ramli March 23, 2018 @ 4:13pm

Cinta Neelofa Dan Hans Isaac Berputik Semula? Ini Komen Neelofa

Mereka pernah bersama suatu ketika dulu tapi Neelofa dan Datuk Hans Isaac membawa haluan masing-masing selepas dua tahun berdating.

Sejak itu, tiada berita langsung tentang hubungan mereka sampailah Sabtu lepas apabila mereka berdua dilaporkan telah pergi menonton konsert John Legend di Genting Highlands bersama.

Hmm… ada apa-apa ke?

Kira timing mereka baguslah, kan? Neelofa kini single, Hans pun single setelah membatalkan perkahwinannya dengan Aileen Gabriella Robinson Oktober tahun lalu. 

Tapi kalau anda inginkan mereka untuk bersama kembali, sorrylah. Pengacara dan pelakon Neelofa telah berterus-terang apabila berkata yang mereka hanya berkawan je.

“Macam mana saya nak adakan benda yang tak ada? Hans dan saya, kami akan kekal berkawan tak kiralah apa yang berlaku dalam hidup masing-masing,” katanya ketika ditemui di acara jenama kecantikan Lancome di Pavilion KL semalam.

“Dia kahwin ke, saya ada seseorang yang special dalam hidup saya ke, kami tetap akan berkawan.”

Kedua-dua artis ini pernah berlakon bersama dalam filem Lemak Kampung Santan pada tahun 2013.

Untuk di masa akan datang pula, Neelofa tidak menafikan kemungkinan bagi mereka untuk bekerja bersama sekali lagi. Jika ia berlaku, dia percaya ia tidak akan menimbulkan apa-apa masalah.

“Kami berdua tahu di mana batasnya. Teman-teman kami semua juga tahu yang kami hanya berkawan jadi mereka menghormati keputusan kami.”

Wow, profesionalnya!

Hans juga pernah memberi komen tentang hubungannya dengan Neelofa ketika muncul di dalam rancangan Meletop yang dihoskan oleh Neelofa pada November lalu.

Foto: Meletop

“Kami berdua kini ada hidup masing-masing. Tetapi soal jodoh kita tak tahu. Kita boleh plan apa yang kita nak, tapi benda itu akan jadi lain.

“Bagi saya, buat masa sekarang, ‘kedai’ dah tutup, ‘kedai’ saya tutup maksimum, saya tak tahu bila kedai itu nak buka balik.

“Saya rasa mungkin kalau terbuka balik, perlu seseorang yang agak special untuk buka hati saya semula.”

Hmm… betul tu. Jodoh orang, tiada siapa yang tahu. Kita tunggu jelah ye.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 13 Dec 2017

Keputusan Cemerlang PT3 Seorang Anak Tukang Cuci

Ina Najwa Ruzaidi untuk tampil cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) walaupun kehilangan bapa bukan alasan untuk tidak berjaya

Trending Wed, 13 May 2020

Malaysia Tidak Lupa Salur Bantuan Covid-19 Buat Palestin

Semoga anak-anak kecil dan saudara kita disana dilindungi selalu.

Trending Mon, 27 Nov 2017

Gunung Berapi Agung Muntahkan Asap, Ramai Terperangkap Di Bali

Gunung Berapi Agung Muntahkan Asap, Masih Ramai Tak Dapat Pulang Dari Bali

Trending Mon, 21 May 2018

Rosmah: “A Person is Innocent Until Proven Guilty”

It seems the ex-Prime Minister’s wife wishes to be treated like a normal person.

Trending Thu, 12 Apr 2018

South Korea’s Hot Air Balloon Accident Causes 1 Dead and 12 Injured

It was a sudden crash that has shocked the nation.

Trending Fri, 1 May 2020
Trending Mon, 26 Aug 2019
Trending Fri, 27 Dec 2019

Android Beta Users Are Getting WhatsApp Dark Mode, iOS’ Coming Soon

In 2020, we may get dark mode for everything.

| Live TV