Trending By: Bibi Ramli March 19, 2018 @ 12:14pm

Tengok Apa Reaksi Camila Cabello Bila Berdepan Dengan ‘Paparazzi’. Kelakar Betul!

Jadi artis Barat yang popular nampak macam best! Yelah, mestilah seronok bila dikenali seluruh dunia. 

Tapi salah satu keburukan dalam kerjaya ni ialah golongan bergelar paparazzi. Mereka tak pernah henti untuk cuba menangkap gambar artis, sampai tak ada privasi langsung!

Selalunya artis takkan hiraukan paparazzi ini, ataupun mereka akan buat muka ketat walaupun mereka diminta untuk berikan pose cantik.

Kalau mood mereka tengah baik, ada segelintir artis pula akan melayan dengan berikan senyuman ataupun lambaian.

Penyanyi lagu Havana, Camila Cabello, ini lain sikit ceritanya. Ketika melalui bahagian kastam di lapangan terbang Los Angeles minggu lepas, dia ternampak ada paparazzi yang sedang sibuk menangkap gambarnya.

Foto: BackGrid

Daripada tak menghiraukan jurufoto itu, Camila sebaliknya mengambil peluang untuk mengadakan photoshoot peribadinya tiba-tiba di tengah airport itu!

Foto: BJJ / BackGrid

Sebelum melalui gerbang metal detector, dia sempat berikan pose menawan dan glamorous. Pak cik security kat belakang tu senyum je.

Foto: BackGrid

Foto: BJJ / BackGrid

Foto: Gee Rock/Splash News

Ha, paparazzi tu nak sangat, kan? Ambil kau! Cayalah, Camila!

Bila insiden ini dah viral, Camila memuatnaik sebuah Tweet: “Ia sama macam bila hidup berikan anda lemon; anda buat lemonade. Kalau mereka dah menangkap gambar anda, baik buat photoshoot terus.”

 

Betul juga! Ambil peluang bila ia dah ada depan mata!

Sumber: Buzzfeed

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 15 Mar 2018

Dinobat Kanak-Kanak Perempuan Paling Cantik Di Dunia, Ramai Lelaki Ajak Anastasia Knyazeva Dating!

Baru berusia 7 tahun, namun ramai lelaki mengajaknya keluar dan apa yang mengejutkan kebanyakan mereka adalah golongan dewasa. 

Trending Fri, 31 Jan 2020
Trending Mon, 21 Oct 2019
Trending Thu, 17 Oct 2019

Cristiano Ronaldo Is Officially The Richest Celebrity On Instagram!

You’ll be surprised to find out who else on the list..

Trending Thu, 6 Dec 2018

5岁混血小男模Cooper让姐姐们暴动!

近期在韩国有一位小男孩让姐姐们疯狂!

Trending Tue, 28 Jan 2020
Trending Wed, 23 Oct 2019
Trending Fri, 6 Mar 2020

| Live TV