Gaya Hidup By: Nani Ramlee February 15, 2018 @ 8:13am

Walaupun Anda Score Subjek Geografi, 6 Negara Ini Mungkin Anda Tak Tahu

Dalam 193 (mengikut daftar PBB) negara yang ada di dunia ini, berapa banyak negara yang anda tahu? Kalau anda boleh score dalam subjek Geografi pun, rasanya masih ramai yang tidak dapat senaraikan kesemua 193 buah negara itu. Lebih –lebih lagi negara yang kecil.

Jom semak senarai 6 negara yang mungkin anda tidak pernah tahu sebelum ini.

1) Nauru

Antara pantai yang boleh dilawati di Nauru.

Republik Nauru adalah negara republik terkecil di dunia, dengan keluasan wilayah 21 kilometer persegi. Populasi penduduknya sekitar 10,000 orang. Negara ini terletaknya di Pasifik Selatan, berada di tengah-tengah antara Australia dan Hawai.

Nauru tidak memiliki ibu kota, namun Yaren umumnya dianggap sebagai ibu kota negara terbabit. Nauru memperoleh kemerdekaan pada 31 Januari 1968. Pada tahun 1980, Nauru merupakan negara paling kaya. Namun, pada tahun 2017, posisinya merudum menjadi lima negara paling miskin di dunia.

2) Tuvalu

Biarpun menawarkan resort bertaraf 5 bintang, namun negara ini kurang dikunjungi pelancong.

Dahulunya ia dikenali sebagai Kepulauan Ellice, sebuah negara kepulauan yang terletak di antara Hawaii dan Australia. Mempunyai ketinggian hanya 5 meter dari permukaan laut, Tuvalu merupakan di antara negara yang diancam tenggelam kerana pemanasan global.

Biarpun Tuvalu memiliki keindahan alam yang cukup memukau, tetapi ia sepi daripada kehadiran pelancong. Agensi berita CNN melaporkan pada tahun 2016, hanya 2000 pelancong mengunjungi Tuvalu.

3) San Marino

San Marino mewah dengan kenderaan.

San Marino adalah negara ke-5 terkecil di dunia dan ketiga terkecil di Eropah, setelah Vatikan dan Monako. San Marino terletak di wilayah Itali, Emilia-Romagna, di sebelah selatan kota Rimini di bahagian utara pantai Adriatik.

Negara ini dibentuk pada 3 September 301 oleh Santo Marinus, seorang tukang batu Kristian yang melarikan diri kerana kekacauan agama. Satu fakta menarik tentang negara ini ialah, San Marino adalah satu-satunya negara di dunia yang mempunyai jumlah kereta lebih banyak berbanding jumlah penduduknya. Pada tahun 2010, terdapat 1263 kenderaan dalam 1000 orang penduduk

4) Liechtenstein

Keindahan alam Liechtenstein yang pastinya berbaloi untuk dilawati.

Kerajaan Liechtenstein ialah sebuah negara kecil di Eropah Barat. Ia bersempadan dengan Switzerland di barat dan selatan serta Austria di timur. Jumlah penduduknya dianggarkan seramai 35,000. Ibu negaranya ialah Vaduz, manakala bandar terbesarnya pula ialah Schaan.

Liechtenstein merupakan negara berbahasa Jerman terkecil di dunia dan satu-satunya negara Alp yang keseluruhannya terletak di Banjaran Alp. Ia juga merupakan negara berbahasa Jerman yang tidak berkongsi sempadan dengan Jerman. Liechtenstein juga bukan sebahagian daripada Kesatuan Eropah.

5) Comoro

Salah satu pantai yang menanti kehadiran pelancong di Comoro.

Terletak di penghujung utara Selat Mozambik, di antara Madagaskar and Mozambik,  Comoro adalah negara Arab terkecil kedua setelah Bahrain. Secara rasmi negara Comoro terdiri daripada empat pulau di kepulauan gunung berapi Comoro, iaitu Grande Comore (Ngazidja), Mohéli (Mwali), Anjouan (Nzwani), dan Mayotte (Maore.

Keseluruhan kepulauan Komoro merupakan jajahan Perancis sehingga tahun 1975. Negara ini merupakan di antara 10 negara yang paling kurang dilawati pelancong.

6) Gabon

Gabon kaya dengan flora dan fauna yang mungkin tidak dapat dinikmati di negara lain.

Gabon adalah sebuah negara kecil yang terletak di garisan  khatulistiwa di pantai Atlantik Afrika. Sebagai bekas koloni Perancis, Gabon memperolehi kemerdekaan pada tanggal 17 Ogos 1960.

Biarpun negara ini kurang dikenali, namun Gabon sememangnya mempunyai tarikan pelancongan dan merupakan salah satu negara kaya di Afrika. Antara tarikan Gabon ialah Taman Nasional Lope, Taman Nasional Mayumba, Air Terjun Kongou dan Teluk Langoué.

Program realiti popular Amerika Syarikat, Survivor menjalani penggambaran di Gabon pada tahun 2008.

Mungkin boleh masukkan negara-negara ini dalam your travel bucket list tahun ini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sat, 14 Apr 2018

7 Tips Supaya Suami Sentiasa Rindukan Isteri. Anda Wajib Amalkan!

Sebelum suami bosan dengan perangai isteri lebih baik kita cepat berubah dan bertindak!

Gaya Hidup Wed, 18 Apr 2018

Kalau Sudah Pekena Sate Zainab Ismail, Pasti Tak Pandang Sate Lain Lagi

Menjadikan Sate Zainah Ismail cukup istimewa, kerana rempah ratus yang diperap membuatkan sate ini lazat dimakan sekalipun tanpa kuah kacangnya.

Gaya Hidup Tue, 10 Apr 2018

Spaghetti RM5 Je? Biar Betul? Apalagi Jomlah Serbu!

Nikmati spaghetti dengan hanya RM5. Biar betul? Kalau tak percaya lapangkan waktu anda untuk mengunjungi restoran The Humble Chef yang terletak di Bukit Damansara.

Featured Wed, 17 Jan 2018

7 Bahana Kanta Lekap

Jika dulu kanta lekap digunakan sebagai alternatif untuk menggantikan penggunaan cermin mata bagi mereka yang mengalami masalah rabun, namun seiring dengan arus kemodenan, penggunaan kanta lekap kini menjadi trend popular untuk wanita bagi tujuan fesyen […]

Gaya Hidup Thu, 8 Mar 2018

Tips Menabung Bagi Anda Yang Nak Pergi Travel Banyak Negara!

Setiap orang pasti mempunyai impian untuk travel  ke setiap negara yang mereka suka.

Gaya Hidup Thu, 12 Apr 2018

Ini Cara Nak Buat Bila Sinki Dekat Rumah Anda Tersumbat. No. 4 Memang Berkesan!

Masalah sinki tersumbat mesti akan mengganggu kaum wanita yang biasanya adalah orang yang paling sibuk melakukan tugasan di rumah.

Featured Thu, 11 Jan 2018

Clean Eating Adalah Gaya Hidup

‘YOU ARE WHAT YOU EAT’, ungkapan ini memang sering kita dengar.  Jika kita mengambil makanan  sihat, maka tubuh juga menjadi sihat. Tapi jika makanan yang diambil tidak sihat dan banyak bahan pengawet, maka tubuh badan […]

Gaya Hidup Tue, 6 Feb 2018

Loligo Resort Hua Hin Ideal Untuk Percutian Keluarga

Hua Hin, Thailand, destinasi percutian ini memang benar tidak sepopular Bangkok, Phuket, Krabi mahupun Chiang Mai. Tetapi tahukah anda bahawa destinasi percutian pantai ini cukup menarik untuk dijelajahi.

Gaya Hidup Tue, 13 Mar 2018

5 Cara Jaga Karpet Agar Bebas Daripada Hama

Karpet merupakan antara elemen pelengkap dekorasi bagi setiap rumah.

Gaya Hidup Sat, 7 Apr 2018

Ini Cara Menjaga Bra Kesayangan Anda Agar Ia Tahan Lebih Lama

Tetapi tahukah anda, semahal mana pun harga bra yang anda beli jika ia tidak dijaga dengan betul pasti akan cepat rosak.

| Live TV