Tips By: Nani Ramlee January 26, 2018 @ 11:37am

Jinakkan Rambut Kerinting

Bagi yang dianugerahkan dengan rambut kerinting, pasti anda pernah berasa bosan dengan gaya rambut anda. Maklumlah, rambut kerinting memang perlu perhatian yang lebih. Jika tidak kena gaya, ia akan kelihatan menggerbang dan tidak terurus. Ikuti tips berikut agar anda tampil mempesona.

1) Setelah mencuci rambut dengan syampu, sapukan perapi dan ratakan dengan menggunakan sikat yang bergigi jarang. Bilas rambut hingga terasa sedikit licin, lalu keringkan dengan tuala hingga separuh kering.

2) Pilih produk ‘styling’ yang mempunyai pelembap dan gosokkan sedikit secara merata pada rambut. Tetapi jangan biarkan terkena akar rambut.

3) Sekiranya anda mengeringkan rambut tanpa menggunakan pengering rambut, gulung rambut di sekeliling kepala dengan menggunakan jari untuk membentuk ikalnya dengan baik. Jika menggunakan pengering rambut, sebaiknya gunakan dengan bentuk corong bulat (diffuser) yang khusus untuk mengeringkan rambut keriting.

4) Agar rambut kelihatan lebih ber‘volume’, ‘blow’ bahagian akar rambut selama seminit.

5) Apabila rambut sudah hampir kering (90%), tundukkan kepala dan goyangkan rambut agar tekstur rambut lebih terlihat dan rambut jadi lebih bervolume. Tidak perlu gunakan sikat kerana ia akan membuatkan rambut kelihatan terlalu kembang.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Tips Wed, 14 Mar 2018

Dambakan Wajah Yang Mulus & Berseri? 10 Jenis Masker Semulajadi Ini Sangat Mudah & Jimat Dibuat Sendiri Di Rumah

Kata-kata pujian sebegitu pasti anda suka kan? Iyalah, wanita memang suka dipuji lagi-lagi bab kecantikan diri mereka. Tetapi tidak semua wanita mempunyai kulit wajah yang ‘perfect’! Dan pastinya pelbagai cara yang dilakukan untuk mendapatkan kulit wajah yang didambakan. Sama ada membeli produk-produk skrincare mahupun membuat treatment kecantikkan sehingga sanggup berhabis duit. 

Tips Fri, 2 Feb 2018

Tip Pilih Sweater

Sweater atau baju panas walaupun tidak sepopular t-shirt di negara-negara beriklim panas dan lembab seperti Malaysia, namun item fesyen ini mesti ada dalam simpanan almari seseorang.

Tips Wed, 31 Jan 2018

10 Kata-Kata Motivasi Dato’ Fazley

Dato’Fazley berkongsi 10 kata-kata motivasi dan nasihat untuk menyuntik semangat semua!

Tips Thu, 8 Feb 2018

Tak Tahu Nak ‘Handle’ Suami Sibuk Macam Dato’ Aliff Syukri? Baca 5 Tips Dari Datin Shahida Ini!

Pasti ramai wanita di luar sana yang mencemburui Datin Sri Shahida kerana memiliki suami yang kaya raya seperti Dato’ Sri Aliff Syukri.

Featured Mon, 8 Jan 2018

Amalkan 5 Cara Ini Untuk Hilangkan Daki Badan Ketika Mandi..Jom Sental!

“Eh Man, Mama tengok mandi berjam-jam lama, tapi cuba Man pergi tengok kat cermin kejap. Kat leher tu banyak lagi daki. Kena sental betul-betul, macam tulah cara hilangkan daki yang betul. Bukan duduk bawah ‘shower’ […]

Featured Mon, 8 Jan 2018

6 Tips Mudah Lentikkan Bulu Mata Secara Semulajadi

“Dahlah mata aku ni sepet, bulu mata pulak pendek. Jeles betul tengok si Kamilia tu, mata sudahlah bulat, bulu mata pun panjang melentik. Tak payah susah-susah pakai maskara tebal pun dah nampak cantik. Untunglah. Agak-agak […]

Tips Mon, 8 Jan 2018

Ketahui 6 Sebab Kenapa Jerawat Naik Tanpa Henti Di Beberapa Bahagian Badan Ini

Aduh! Jerawat naik lagi? Wanita memang tidak akan terlepas dari mengalami dilema apabila jerawat tumbuh kan? Tetapi, untuk pengetahuan anda, apabila jerawat tumbuh, ini bermaksud ada sesuatu yang tidak kena dengan badan anda. Jerawat yang […]

Featured Tue, 20 Mar 2018

Ini 12 Cara Semulajadi Untuk Ucap Selamat Tinggal Kepada Keputihan. Mudah & Berkesan!

Perubahan hormon, faktor kebersihan, jangkitan kuman dan virus merupakan antara punca terjadinya masalah keputihan di kalangan wanita.

Tips Mon, 8 Jan 2018

Kenapa Selalu ‘Missed Period’? Selain Mengandung, Ini 9 Sebabnya!

“Eh, baru aku perasan bulan ni belum datang haid. Tapi, takkanlah mengandung kot? Tak ada simptom-simptom mengandung pun. Lagipun, baru saja pakai suntikan perancang. Apa punca lewat haid selain mengandung ya?” Sebenarnya memang banyak punca […]

Tips Fri, 23 Feb 2018

3 Sebab Kenapa Diet Epal Hijau Boleh Kuruskan Badan

Pernah dengar tentang diet epal hijau? Jika anda yang sangat concern tentang berat badan, mesti sentiasa ambil tahu tentang rutin-rutin diet yang dipercayai menurunkan berat badan.

| Live TV