Tips By: Nani Ramlee January 21, 2018 @ 7:30pm

10 Tip Penjagaan Gigi

Menjaga kesihatan gigi dan mulut memang penting bagi memastikan tidak berlaku masalah seperti gigi berlubang, gusi berdarah, dan juga mulut berbau. Mereka yang punya masalah dengan gigi selalunya akan berhadapan dengan isu kurang keyakinan diri kerana berasa malu dengan masalah gigi yang terjadi.

Lebih-lebih lagi jika gigi rongak. Hendak menguntum senyuman pun terpaksa ditahan-tahan. Jadi bagaimana untuk memastikan gigi dan mulut anda sihat sempurna?

1) Tukar berus gigi 2 bulan sekali

Ini bagi memastikan berus gigi yang digunakan dalam keadaan bersih dan berusnya masih berfungsi dengan elok.

2) Selalu bersihkan gigi

Jangan malas memberus gigi. Minimum dua kali sehari. Selain itu boleh amalkan berkumur dengan menggunakan ubat kumur yang banyak di jual di kedai-kedai penjagaan diri.

3) Flossing

Flos gigi dua kali sehari juga sangat membantu kerana ia dapat membersihkan sisa-sisa makanan yang terselit di antara gigi dan gusi.

4) Jauhi kopi dan teh

Kopi dan teh yang diambil secara berlebihan boleh memberi efek kepada kesihatan gigi. Selain itu ia juga menyumbang kepada masalah warna gigi kekuningan.

5) Berhenti merokok

Merokok turut menyumbang kepada kerosakan gusi kerana ia boleh menyebabkan gusi menjadi lemah sehingga tidak dapat memegang gigi dengan baik. Malah, masalah mulut berbau juga akan terjadi kerana gigi akan dipenuhi dengan karang dan plak.

6) Elakan minuman terlalu sejuk

Minuman yang terlalu sejuk boleh menyebabkan gigi sensitif.

7) Makan buah-buahan

Buah-buahan memiliki kandungan serat dan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk melindungi kesihatan dan kemampuan gigi. Kandungan serat dalam buah-buahan bertindak sebagai berus gigi semulajadi yang membersihkan sisa-sisa makanan sekaligus mengusir bakteria di mulut. Buah-buahan bervitamin C seperti Oren, Strawberi dan Kiwi mampu menguatkan gusi.

8) Makan sayur-sayuran

Seperti buah-buahan, sayuran yang berserat boleh membersihkan gigi daripada sisa-sisa makanan dan plak.

9) Air lemon

Jus lemon memiliki kandungan asid yang boleh memutihkan gigi. Caranya mudah sahaja, berus gigi dengan menggunakan air yang dicampur dengan perahan lemon dan sedikit garam atau baking soda.

10) Minum susu dan makan produk tenusu

Susu kaya dengan kalsium yang baik untuk kesihatan gigi. Selain amalkan minum susu, produk olahannya seperti yogurt dan keju juga memiliki kandungan kalsium yang baik untuk melindungi kesihatan dan kemampuan gigi.

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Tips Tue, 16 Jan 2018

Tip Kurus & Sihat Siti Sarah

Satu ketika dulu, penyanyi popular Siti Sarah Raisuddin pernah mengalami masalah berat badan selepas melahirkan anak keduanya. Kini, ibu kepada tiga cahaya mata ini memiliki bentuk badan yang menawan persis anak dara. Nak tahu rahsia […]

Tips Wed, 14 Mar 2018

Dambakan Wajah Yang Mulus & Berseri? 10 Jenis Masker Semulajadi Ini Sangat Mudah & Jimat Dibuat Sendiri Di Rumah

Kata-kata pujian sebegitu pasti anda suka kan? Iyalah, wanita memang suka dipuji lagi-lagi bab kecantikan diri mereka. Tetapi tidak semua wanita mempunyai kulit wajah yang ‘perfect’! Dan pastinya pelbagai cara yang dilakukan untuk mendapatkan kulit wajah yang didambakan. Sama ada membeli produk-produk skrincare mahupun membuat treatment kecantikkan sehingga sanggup berhabis duit. 

Featured Tue, 20 Mar 2018

Ini 12 Cara Semulajadi Untuk Ucap Selamat Tinggal Kepada Keputihan. Mudah & Berkesan!

Perubahan hormon, faktor kebersihan, jangkitan kuman dan virus merupakan antara punca terjadinya masalah keputihan di kalangan wanita.

Tips Wed, 21 Feb 2018

Cara Pulihkan Dara Jika Tiada Bajet Atau Malu Mencuba Perubatan Moden!

Yang tak dara kembali dara! Wow kedengaran amat menarik topik ini bukan?

Tips Mon, 8 Jan 2018

Kenapa Selalu ‘Missed Period’? Selain Mengandung, Ini 9 Sebabnya!

“Eh, baru aku perasan bulan ni belum datang haid. Tapi, takkanlah mengandung kot? Tak ada simptom-simptom mengandung pun. Lagipun, baru saja pakai suntikan perancang. Apa punca lewat haid selain mengandung ya?” Sebenarnya memang banyak punca […]

Tips Mon, 8 Jan 2018

Wanita Sering Keliru, Ini 2 Tanda Sebenar Bila Berakhirnya Haid

“Eh, semalam ‘check’ macam dah tak ada kesan darah. Ni dah tengahari ada pula kesan kekuningan. Keputihankah atau masih period ni? Kelirulah. Apa tanda habis haid ya?” Ramai wanita memang keliru apabila timbul isu begini. […]

Gaya Hidup Wed, 17 Jan 2018

5 Cara Mudah Kempiskan Perut

Perut buncit memang menjengkelkan ramai wanita kerana ia membuatkan penampilan kelihatan kurang menarik. Lebih-lebih lagi jika ingin mengenakan busana yang mengikut bentuk badan. Selain itu, perut buncit juga menimbulkan rasa kurang selesa apabila perlu duduk […]

Tips Wed, 31 Jan 2018

10 Kata-Kata Motivasi Dato’ Fazley

Dato’Fazley berkongsi 10 kata-kata motivasi dan nasihat untuk menyuntik semangat semua!

Tips Mon, 15 Jan 2018

5 Tip Buang Rasa Rendah Diri

Rendah diri adalah sesuatu yang terpuji, namun perasaan rendah diri ekstrim sudah tentunya tidak membawa anda ke mana. Bukan bermakna perlu mendabik dada, namun rasa tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri pasti menyekat kemajuan. Ini […]

Featured Mon, 8 Jan 2018

6 Tips Mudah Lentikkan Bulu Mata Secara Semulajadi

“Dahlah mata aku ni sepet, bulu mata pulak pendek. Jeles betul tengok si Kamilia tu, mata sudahlah bulat, bulu mata pun panjang melentik. Tak payah susah-susah pakai maskara tebal pun dah nampak cantik. Untunglah. Agak-agak […]

| Live TV