Tips By: Nani Ramlee January 16, 2018 @ 4:41am

Tip Kurus & Sihat Siti Sarah

Satu ketika dulu, penyanyi popular Siti Sarah Raisuddin pernah mengalami masalah berat badan selepas melahirkan anak keduanya. Kini, ibu kepada tiga cahaya mata ini memiliki bentuk badan yang menawan persis anak dara.

Sebagai selebriti, amat penting buatnya menjaga penampilan diri

Nak tahu rahsia penyanyi lagu Kesetiaan ini, jom semak tip di bawah.

1. Selain mengamalkan produk sendiri, Sarah juga amat menitikberatkan soal pemakanan.

2. Sarah akui mengurangkan pengambilan tepung gandum.

Sarah amat menitik beratkan soal pemakanan yang seimbang

3. Isteri kepada pelawak Shuib ini juga tidak makan daging merah.

4. Penyanyi lagu Jangan Kau Mimpi ini juga tidak minum air bergula. Sebagai ganti, Sarah akan minum jus buah.

5. Ibu kepada tiga anak ini juga akui mengamalkan jamu selepas bersalin. Sarah akan menggunakan bahan-bahan seperti asam jawa, kunyit, telur, gula kabung asli, kencu dan cekor untuk direbus sebelum diminum.

Siti Sarah bersama keluarga tercinta

6. Sarah juga akan minum banyak air putih untuk memastikan kulitnya tidak kering.

7. Penyanyi berusia 33 tahun ini tidak mengambil makanan berminyak.

8. Pernah melihat sendiri arwah ibunya menderita akibat penyakit kencing manis, Sarah akui dia kini tidak mengambil gula putih atau makanan manis. Sebaliknya, jika dia terasa ingin makan benda manis, dia akan menggantikannya dengan madu asli dan coklat.

Madu merupakan alternatif Sarah untuk menggantikan gula

9. Kesibukan dengan keluarga dan kerjaya membuatkan Sarah jarang bersenam. Namun, jika ada masa kelapangan, dia akan cuba cari masa untuk pergi bersenam.

10. Sarah juga mengambil suplemen Vitamin C untuk kesihatan badan.

Kredit gambar : https://www.instagram.com/sitisarahraissuddin

Sumber : Aplikasi Wanita
Muat turun secara percuma di :- Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid dan AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Tips Mon, 8 Jan 2018

Ketahui 6 Sebab Kenapa Jerawat Naik Tanpa Henti Di Beberapa Bahagian Badan Ini

Aduh! Jerawat naik lagi? Wanita memang tidak akan terlepas dari mengalami dilema apabila jerawat tumbuh kan? Tetapi, untuk pengetahuan anda, apabila jerawat tumbuh, ini bermaksud ada sesuatu yang tidak kena dengan badan anda. Jerawat yang […]

Tips Thu, 25 Jan 2018

5 Cara Atasi Malas

Malas merupakan sikap yang memang ada pada setiap individu. Antara punca seseorang itu menjadi malas adalah kerana kurang motivasi diri, terlalu senang dengan keadaan sekarang serta tubuh badan yang letih.
Sikap malas jika tidak diatasi boleh memberi impak negatif kepada diri, karier dan juga kesihatan. Berikut merupakan lima cara mudah untuk mengatasi masalah malas.

Featured Tue, 20 Mar 2018

Ini 12 Cara Semulajadi Untuk Ucap Selamat Tinggal Kepada Keputihan. Mudah & Berkesan!

Perubahan hormon, faktor kebersihan, jangkitan kuman dan virus merupakan antara punca terjadinya masalah keputihan di kalangan wanita.

Tips Sun, 21 Jan 2018

10 Tip Penjagaan Gigi

Menjaga kesihatan gigi dan mulut memang penting bagi memastikan tidak berlaku masalah seperti gigi berlubang, gusi berdarah, dan juga mulut berbau.

Tips Thu, 8 Feb 2018

Tak Tahu Nak ‘Handle’ Suami Sibuk Macam Dato’ Aliff Syukri? Baca 5 Tips Dari Datin Shahida Ini!

Pasti ramai wanita di luar sana yang mencemburui Datin Sri Shahida kerana memiliki suami yang kaya raya seperti Dato’ Sri Aliff Syukri.

Tips Fri, 19 Jan 2018

Tip Pilih Tali Leher Buat Suami

Tali leher merupakan aksesori penting lelaki bekerja di pejabat yang mementingkan kekemasan dan penampilan berimej korporat.

Tips Mon, 15 Jan 2018

5 Tip Buang Rasa Rendah Diri

Rendah diri adalah sesuatu yang terpuji, namun perasaan rendah diri ekstrim sudah tentunya tidak membawa anda ke mana. Bukan bermakna perlu mendabik dada, namun rasa tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri pasti menyekat kemajuan. Ini […]

Tips Fri, 26 Jan 2018

Jinakkan Rambut Kerinting

Bagi yang dianugerahkan dengan rambut kerinting, pasti anda pernah berasa bosan dengan gaya rambut anda. Maklumlah, rambut kerinting memang perlu perhatian yang lebih. Jika tidak kena gaya, ia akan kelihatan menggerbang dan tidak terurus. Ikuti tips berikut agar anda tampil mempesona.

Oh Lawa Mon, 12 Mar 2018

Dambakan Bentuk Wajah Secantik Fazura, Jom Cuba 4 Tips Wajah Ini!

Memiliki raut wajah bujur sireh atau kecil seperti aktres Fazura, menjadi idaman setiap wanita.

Bagi yang tiada bajet tu, ada cara alternatif yang dapat membantu anda untuk mendapatkan raut wajah dan pipi yang kecil bak pauh dilayang. Bahkan petua ini bukan saja mudah tetapi juga jimat dan selamat. Selamat mencuba!

Tips Mon, 8 Jan 2018

Kenapa Selalu ‘Missed Period’? Selain Mengandung, Ini 9 Sebabnya!

“Eh, baru aku perasan bulan ni belum datang haid. Tapi, takkanlah mengandung kot? Tak ada simptom-simptom mengandung pun. Lagipun, baru saja pakai suntikan perancang. Apa punca lewat haid selain mengandung ya?” Sebenarnya memang banyak punca […]

| Live TV