Featured By: tex_admin June 5, 2020 @ 5:20pm

Ini Tips Untuk Korang Yang Nak Beli Rumah!

Bertahun-tahun penat kerja kumpul duit nak beli rumah. Jadi bila dah dapat peluang tu, mestilah nak kena buat pilihan yang betul. Sayang duit oi! Beli rumah bukan macam beli pisang goreng tepi jalan.

Tapi apa yang perlu kita kaji dulu sebelum beli rumah? Jangan risau guys! Kami kongsikan di sini tips untuk korang yang nak beli rumah buat kali pertama!

1. Lokasi yang cun

Ini perkara pertama yang patut korang fikirkan bila nak beli rumah. Ingat guys, kita bukan nak duduk setakat sehari dua je kat rumah tu. Lebih-lebih lagi kalau rutin harian kita ni sentiasa sibuk. 

Jadi lokasi mestilah yang berdekatan dengan kemudahan awam contohnya seperti kedai dan hospital. Nak lagi ngam kalau dekat dengan highway. Haa senanglah nak ke mana-mana, jimat masa! Kalau kawan ajak lepak pun takdelah malas nak keluar sebab jauh daripada pusat bandar.

2. Fasiliti mantap

Nak beli rumah zaman sekarang ni bukanlah macam dulu. Pemaju sekarang tawarkan macam-macam kepada pembeli, antaranya fasiliti yang menarik. Jadi ikutlah kesesuaian dan keperluan rutin harian korang masa nak memilih tu. 

Contohnya kalau korang kaki gym, korang kenalah cari perumahan yang ada menyediakan fasiliti ini supaya takdelah korang bazir masa dan duit ke gym yang jauh dari rumah nanti.

3. Reka bentuk rumah yang bagus

Bukan di luaran je kena ngam, dalaman pun mestilah mengikut citarasa. Barulah cun nak deco ala Pinterest! Kalau ikutkan tak nak pening-pening dah, masuk rumah terus duduk je. Betul tak?

Ini penting terutamanya untuk korang yang baru berumah tangga, nak ruang yang luas dan sesuai untuk seisi keluarga. Mak, abah, adik-beradik nak datang berkunjung nanti pun taklah pening kepala.

Jadi kat mana nak cari rumah macam ni?

EcoWorld ada jawapan untuk korang! Pilih je antara dua lokasi strategik yang ditawarkan EcoWorld dan korang boleh duduk dengan selesa di Huni D’ Eco Ardence Setia Alam atau di Se.Ruang D’ Eco Sanctuary Kota Kemuning. Dah tak payah risau dah sebab kedua-dua lokasi perumahan high rise ni memang berdekatan dengan bank, kedai, hospital, sekolah dan lain-lain kemudahan. 

Image

Berkeluasan 1,000 kaki persegi, duduk menawarkan 3 bilik dan 2 bilik air beserta rekabentuk yang praktikal. Setiap unit kat Huni D’ Eco Ardence dan Se.Ruang D’ Eco Sanctuary ni datang sekali dengan pakej separa perabot dan peralatan rumah pintar. Wow!

Bukan tu je, kedua-dua perumahan duduk ni dilengkapi dengan 2 ruang tempat letak kereta percuma untuk setiap unit rumah. Kemudahan seperti gym, kolam renang dan dewan serbaguna pun ada guys. Tak payah susah-susah dah nak apply gym membership kat tempat lain, sewa dewan atau ruang di tempat lain untuk majlis hari jadi. 

Image

Senang cerita duduk ni umpama korang beli Musang King. Dah tahu dah kualiti memang terbaik, confirm puas hati! Jadi kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi pasal duduk ni, boleh daftar terus dekat laman web duduk atau layari Facebook duduk sekarang juga!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Apr 2018

Selepas 25 Tahun, Kumpulan KRU Akan Dibubarkan Bulan Depan. Girls! Jangan Nangis Ya

Kumpulan trio KRU akan dibubar bulan depan. Anda janganlah sedih.

Trending Mon, 9 Apr 2018
Trending Thu, 4 Oct 2018

充手机就会启动!日本超狂「魔法阵充电器」

手机无线充电正夯,只需将手机放在充电板上即可快速充电!而日本6秒商店就突发奇想,将充电板制成魔法阵的样式,无线充电的同时,魔法阵也跟着启动,令网友跪求。

Trending Tue, 5 Dec 2017

Uptown Puchong… Macam-Macam Ada!

warga Puchong dan sekitarnya! Kini korang tak perlu lagi redah arus trafik ke ibu kota lagi untuk cari port santai dan makan!

Trending Fri, 27 Dec 2019

Android Beta Users Are Getting WhatsApp Dark Mode, iOS’ Coming Soon

In 2020, we may get dark mode for everything.

Trending Thu, 22 Mar 2018

Jangan Tenung Lama-Lama Matanya. Takut Anda Tak Tidur Malam, Seram!

Tidak seperti kebanyakan boneka atau patung, yang menjadi peneman saat mahu tidur atau yang dikendong ke mana saja, yang satu ini membangkitkan perasaan aneh.

Trending Thu, 13 Feb 2020
Trending Sat, 27 Jan 2018

传统婚宴太无聊 新人办「肯德基婚礼 」

结婚是一生的大事之一,虽然许多人都会向往一个梦幻又华丽的婚礼,留下回忆,但这样的婚礼真的要筹办起来,需要耗费不少金钱和精力。英国有一对新人就选择在速食店肯德基结婚,场地非常特别,又可以省下很多钱,所有的客人也都很享受炸鸡和饮料,度过特别的一天。

Trending Sat, 10 Feb 2018

Ada Kejadian Yang Tidak Diingini Telah Berlaku Sehinggakan Tok Kadi Kena Naik Trak

Disebalik Keindahan ‘Wedding Of The year’ Yuna, Ada Kejadian Yang Tidak Diingini Telah Berlaku Sehinggakan Tok Kadi Kena Naik Trak

Trending Tue, 15 Oct 2019

Depression Unfortunately Isn’t As Foreign in the K-Pop Industry

Dark side of K-Pop industry with daily weigh-ins, dating bans and cosmetic surgery

| Live TV