Trending Hari Ini By: Aisyah Badrul May 21, 2020 @ 2:53pm

Tiada Lagi Rentas Negeri Bermula Hari Ini – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sudah bersetuju tidak membuka peluang lagi untuk perjalanan rentas negeri bermula hari ini.

Orang ramai tidak perlu lagi ke balai polis untuk membuat permohonan selepas ini. Kenderaan yang  diarahkan berpatah balik ketika cuba rentas negeri juga akan dikenakan dikompaun.

Hal ini diberitahu sendiri oleh beliau menerusi Sidang Media Harian di Putrajaya pada hari ini. Menurut beliau sebanyak 2,412 kenderaan diarahkan berpatah balik kerana cuba rentas negeri untuk pulang ke kampung semalam.

“Mulai hari ini juga, kenderaan yang diarahkan berpatah balik ketika cuba rentas negeri akan dikompaun. Kita semua sedia maklum, semalam seorang perempuan positif Covid-19 akibat daripada rentas negeri.

“Oleh itu, sudah tidak ada kompromi dan tidak ada tolak ansur mengenai rentas negeri,

Beliau juga meluahkan rasa kesal kerana minat orang ramai untuk pulang ke kampung pada Aidilfitri masih tidak berubah.

“Kita terima laporan seramai 1,300 orang berkumpul di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuantan untuk mohon rentas negeri.

“Kita sudah putuskan tiada lagi rentas negeri dan polis tidak akan memberi kebenaran lagi…tak payah lagi beratur panjang-panjang,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Mar 2019

Gambar ‘Panas’ Tersebar Di Sosial Media, Apa Komen Haqiem Rusli?

Siapa punya kerja agaknya ni eh edit-edit gambar mengarut?

Hiburan Wed, 24 Apr 2019

Dilabel Serupa ‘Tengkorak’, Apa Komen Amyza Adnan?

Sebab itu saya suka berlawak dan tidak suka fikir benda yang stress…

Hiburan Wed, 5 Jun 2019

‘Mana Tahu Tahun Depan Beraya Bertiga Pula’- Fazura

Walaupun tahun ini bukan kali pertama kami beraya sebagai suami isteri, bagi saya ia tetap sesuatu yang istimewa buat kami berdua.

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

Kongsi Wajah Tahan Kontraksi, Elfira Tetap ‘Cute’

Tahan kontraksi pun comel. Macam mana tu?

Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Curang 6 Kali? Bekas Kekasih Maafkan Ismail Izzani

Tweet yang mendapat beribu like dan retweet daripada gadis berkenaan menimbulkan spekulasi negatif terhadap penyanyi tersebut

Hiburan Sat, 13 Jul 2019
Events Thu, 7 Mar 2019
Hiburan Mon, 22 Jul 2019

Atikah Suhaime Bakal Bergelar Datin?

Atikah Suhaime mengakui sedang mengenali hati budi seseorang.

| Live TV