Trending By: Attiqah Mohd May 14, 2020 @ 1:17pm

PKPB Raya, Ini Cara Kembalikan Mood Hari Raya Seperti Di Kampung

Dalam pada kita bersedih kerana tidak dapat pulang beraya di kampung dan bertemu ibu bapa, sebenarnya kita harus bersyukur kerana masih diberikan kesihatan dan umur yang panjang untuk menyambut bulan Ramadan dan Syawal tahun ini.

Walaupun, hari raya tahun ini bertemakan PKPB tetapi apa yang penting adalah kita masih boleh menyambut hari raya bersama keluarga di rumah dan jiran terdekat. Nak tahu macam mana nak kembalikan mood Hari Raya seperti di kampung halaman? Jom kita tengok tips di bawah!

1. “Virtual” Raya bersama ibu bapa yang jauh di kampung

Zaman moden ni macam-macam kita boleh buat, antaranya sesi video call. Jadi, tak usah bersedih sekiranya tidak dapat menatap wajah-wajah kesayangan korang. Pagi raya tu jangan lupa luangkan masa untuk video call ibu bapa dan bermaaf-maafan walaupun secara atas talian. Dah minta maaf tu, jangan pula mengalirkan air mata, risau orang tua di kampung nanti..

Kredit foto: Google

2. Buat kuih raya dan masak hidangan raya

Tak lengkap beraya tanpa kuih raya seperti Makmur, Cornflakes, Almond London, Semperit dan sebagainya. Kalau dah duduk kat rumah tu mesti la korang ada banyak masa terluang untuk buat kuih raya kan? Cubalah masak hidangan raya seperti Lemang, Ketupat dan juga biskut raya. Sekurangnya, boleh mengisi kebosanan korang. Perut kenyang, hati senang!

Kredit foto: FMT

3. Hias rumah dan pasang pelita di malam raya

Siapa cakap raya di rumah tak best? korang masih boleh hidupkan suasana hari raya dengan menghias rumah, gantung lampu raya, pasang pelita , gantung ketupat, bersihkan rumah. Main bunga api dekat halaman rumah pun boleh tau!

Kredit foto: Google

4. Shopping baju raya dan OOTD di rumah

Shopping raya antara perkara wajib jadi ceriakanlah hati korang yang duka tu dengan membeli baju raya di atas talian. Jangan lupa pagi raya tu, selfie dan OOTD dengan baju korang dan muatnaik di media sosial dengan #PKPBRayaOOTD. Pastikan, korang posing cantik-cantik mana tahu bakal mak mentua tengok terus berkenan..

Kredit foto: STAIL MY

5. Tonton drama dan filem menarik di TV!

Bestnya raya bila banyak filem dan drama menarik yang korang boleh tonton di televisyen , sambil-sambil makan biskut raya dan hidangan raya di depan TV. Jadi jangan lupa, tonton pelbagai drama dan rancangan raya yang havoc di TV3!

Jadi, tak usah lah bersedih, ceriakan hati yang duka tu dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang korang masih boleh lakukan di rumah. Yang penting, sentiasa positif!

Salam Ramadan buat semua.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Jan 2018

9 Jam Diperlukan Untuk Siapkan Landasan Kereta Api 5 Lorong

9 Jam Diperlukan Untuk Siapkan Landasan Kereta Api 5 Lorong Di China, Libatkan 1500 Orang Pekerja

Trending Wed, 11 Sep 2019

Salam Takziah – Presiden Indonesia Ketiga, BJ Habibie Meninggal Dunia

Bekas presiden itu meninggal dunia jam 6.01 petang waktu Indonesia Barat,

Trending Mon, 4 Nov 2019

Kutipan Caj 20 Sen Beg Plastik akan Diserah Kepada PBT

Kutipan caj 20 sen yang dikenakan ke atas penggunaan beg plastik di pasar raya di seluruh Selangor akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini, bermula 1 Januari tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap […]

Trending Thu, 29 Aug 2019

Siap Gali Kubur Sebelah Kubur Ibu, Dah Kenapa?

“Pekerjaan Saya Di Bumi Dah Selesai,” Siap Gali Kubur Sebelah Kubur Ibu, Tak Sabar Menanti Mati

Trending Sun, 16 Jun 2019

Jambatan Angkat Atau ‘Drawbridge’ Di Tutup Semula

Jambatan angkat pertama di Asia Tenggara sepanjang 638 meter itu mempunyai dua menara berkembar setinggi 16 tingkat

Trending Tue, 16 Oct 2018

Nike签下首位脑麻运动员!他泪崩「能限制你的只有你的思想」

运动品牌Nike近期宣布,签下品牌旗下第一位残障马拉松选手;当事人得知后一度跪地痛哭,他说道「谢谢大家相信,这个世界上没有身障人士做不到的事情。」

| Live TV