Trending Hari Ini By: Aisyah Badrul May 12, 2020 @ 12:33pm

Rebut Peluang 10 Malam Terakhir Ramadan, Jom Lakukan 6 Amalan Ini

Cepat sungguh masa berlalu.Diam tak diam, kita sudah sampai ke 10 malam terakhir bulan Ramadan yang mulia ini. 10 malam terakhir pastinya menjadi rebutan kita sebagai umat Islam kerana terdapat malam yang disebutkan dalam surah Al-Qadr iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Berikut merupakan antara saranan bagi amalan-amalan yang boleh kita lakukan pada 10 malam terakhir Ramadan.

Bangun di Malam Hari

Rasulullah SAW bersabda dalam Hadis Riwayat Ahmad Muslim,

”Barang siapa yang melakukan solat Isyak berjemaah, seolah-olah ia berqiyam (bangun malam) di separuh malam. Dan barang siapa yang solat subuh berjemaah, seolah-olah ia melakukan di sepanjang malam tersebut.”

Berdoa Sepenuh Hati

Berdoa dengan bersungguh-sungguh. Yakin da berharaplah bahawa Allah akan mengampuni dosa kita dan mengabulkan doa yang kita panjatkan.

“Wahai Rasulullah, Bagaimana menurutmu andai aku mendapatkan Lailatul Qadar? Doa apa saja yang harus aku baca?” Tanya Aisyah

Rasulullah SAW bersabda, “Ucapkanlah, Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Mulia, dan Engkau menyukai ampunan. Maka ampunilah aku.” [HR Tirmidzi]

Memperbanyakan Ibadat

“Barang siapa menghidupkan malam Lailatul Qadr dengan berbagai amal ibadah secara yakin dan percaya kepada pahala yang disediakan Allah dan dengan secara ikhlas, maka Allah akan mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.”

Antara ibadah yang perlu ditingkatkan adalah mengerjakan solat lima waktu berjemaah, melakukan Qiyamul Lail (solat terawih, tahajjud dan sebagainya) ,membaca Al Quran, berzikir, istighfar dan berdoa. Ibadah yang kita lakukan perlulah dilakukan secara khusyuk dan bersungguh-sungguh.

 Bemujahadah Dalam Ibadah

Untuk mendapatkan keberkatan dan kemulian malam lailatul qadar, bermujahadah lah (bersunguh-sungguh) dalam ibadah kepada Allah SWT. Hadis Riwayat Muslim menyatakan:

”Sungguh, Rasul tercinta pada 10 hari terakhir dari bulan Ramadhan, lebih bermujahadah melebihi kesungguhan beliau di waktu lainnya” 

Iktikaf di Masjid

Selain dari itu, beriktikaf di masjid juga merupakan cara mendapatkan malam penuh keberkatan itu. Abu Said ada menceritakan tentang iktikaf Rasulullah di masjid dimana pada ketika itu berlantaikan tanah yang bergenang air dalam Hadis Riwayat Muslim

“Aku melihat pada kening Rasulullah ada bekas lumpur pada pagi hari Ramadhan.”

Namun, pandemik yang sedang melanda dunia pada waktu ini menyebabkan kita dilarang buat sementara waktu untuk berkumpul di sesuatu tempat beramai-ramai. Beribadah dan beriktikaf di rumah sahaja sudah memadai.

Bersedekah dan membantu sesama manusia

Umat Islam yang bersedekah pada 10 malam terakhir Ramadan akan mendapatkan pahala yang melimpah serta keutamaan bersedekah itu sendiri.

Ini termasuk menyediakan dan memberikan juadah berbuka puasa kepada ahli keluarga atau sesama orang Islam.

Sabda Rasulullah: “Sesiapa yang memberi iftor (hidangan untuk berbuka) orang-orang yang puasa/berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang puasa/berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun.” (HR Bukhari dan Muslim).

Semoga kita semua beroleh keberkatan di bulan mulia ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 May 2019

‘Kalau Nak Curang Tak Perlu Tunggu Duduk Jauh’- Dayah Bakar Kongsi Tips Rumah Tangga!

Hampir setahun bergelar isteri, Dayah Bakar sedia berkongsi tips!

Hiburan Thu, 27 Dec 2018

Mahu Karya Berkualiti, Reyhana Buktikan Dia Bukan Penyanyi Tangkap Muat

Cayalah Reyhana! Biar lambat, asalkan power…

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Shiha Zikir Berkawan Rapat Dengan Pendakwah Terkenal?

Rajin tinggalkan komen di laman Instagram, Shiha akui rapat dengan pendakwah bebas terkenal ini…

Hiburan Mon, 23 Dec 2019
Fab Foodies! Wed, 19 Sep 2018

Pahit TAPI Peria Boleh Panjangkan Umur?

Sayur peria memang terkenal dengan rasanya yang pahit. Tapi, sekiranya kena dengan cara masakan, peria yang pahit ini boleh bertukar menjadi satu hidangan lauk yang lazat.

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Hiburan Wed, 5 Sep 2018

Remy Ishak Akui Penonton Malaysia Suka Filem Santai Bukan ‘Berat’

Remy percaya satu hari nanti filem ‘berat’ bakal diterima di masa hadapan dan penonton melihat cerita tersebut dengan lebih santai.

Hiburan Fri, 22 Jun 2018

Zul Ariffin Separuh Bogel Di Thailand, Undang Komen Lucah Netizen

Gambar yang dimuat naik beberapa jam ini telahpun mendapat 48, 940 likes. Difahamkan, Zul Ariffin kini sedang menikmati percutian beliau bersama teman-temannya di sebuah pantai peranginan yang popular di Thailand.

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

‘Suara Dia Lagi Sedap Daripada Saya’- Khai Bahar Lega Buat Pilihan Tepat!

Terpegun dengan suaranya yang merdu ketika menyanyikan lagu berjudul ‘Luluh’, ramai yang terjatuh hati sehingga persembahannya itu menjadi topik perbualan hangat di laman media sosial. 

| Live TV