Hiburan By: SGMS Fas March 12, 2018 @ 1:52am

Ironinya judul lagu album ‘Puncak Kasih” Ziana Zain!

Tabik kepada Siti Roziana Zain, 49,  atau lebih dikenali sebagai Ziana Zain!

Walau pun berhadapan dengan masalah rumahtangga tetapi  tetap memenuhi undangan majlis. Itulah semangat seorang wanita berjiwa kental.

Seperti  katanya,” “I’m strong (saya kuat). Sebagai selebriti pelbagai perkara boleh berlaku. Tapi kena move on (teruskan hidup) dan teruskan kerjaya.

Perassaannya itu dikongsi kepada tetamu yang hadir pada sebuah majlis sebelum mempersembahkan lagu Puncak Kasih tetapi ternyata Ziana tidak dapat meneruskan nyanyian dan hanya sempat menyampaikan baris terawal lagu yang diterbitkan melalui album keempatnya  pada tahun 1997 itu.

Memetik laporan BH Online, beberapa kali juga Ziana cuba mengawal perasaan dan mencari rentak namun hanya mampu berdiri tegak sambil memegang mikrofon sehingga sukar untuk meneruskan nyanyian.

Dalam keadaannya yang kelihatan cuba menahan sebak, khalayak yang memenuhi dewan majlis membantu Ziana menyanyikan lagu berkenaan sambil bersorak tanda sokongan.

Album terbitan BMG ini memenangi anugerah Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik pada tahun 1998.

Bayangkan antara lirik lagu ini yang berbunyi,’Puncak kasih kita, rendangnya oh! seketika, bagai cerita satu mimpi episod, terpaksa aku reda….” sudah pastinya jika diteruskan akan mengusik jiwa Ziana.

Tetapi kenapa Ziana memilih unuk menyanyikan lagu ciptaan Adnan Abu Hassan ini ya?

Lebih ironi lagi apabila album Puncak Kasih ini mempunyai beberapa judul lagu yang seolah berkait dan terpalit  dengan  kisah kehidupan yang dilalui kini seperti Sepi Tanpa Rela, Berpisah Jua, Satu Detik, Tika Naik Tika JatuhTerlerai Kasih dan Dugaan Buatmu.

Kredit;: BH Online.

Bersabarlah Ziana ya… mungkin ada hikmah di sebaliknya!

Selama 20 tahun berkongsi mahligai cinta, Ziana dan Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, dikurniakan empat cahaya mata berusia antara 9 hingga 19 tahun.

Ekoran laporan polis yang dibuat Ziana sendiri pada 27 Februari,  mendakwa Armin mencederakan anak mereka, bekas ketua pramugara itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pada 6 Mac.

Dua hari kemudian, Armin sekali lagi dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pindaan mencederakan anaknya  yang berusia sembilan tahun, pada 24 Februari lalu. Armin mengaku tidak bersalah!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 9 Jun 2018

Festival Anggun Life Himpun Selebriti Paling Ramai!

Nak tahu meriah tak meriah Anggun Life kali ini? Kenalah baca artikel yang kami dah sediakan!

Hiburan Thu, 16 Jan 2020

《叶问4:完结篇》成功稳坐中文电影冠军!

最强宗师强势回归,在大马的票房气势如虹,于2019年12月20日圣诞节档期上映至14日,已经突破3500万令吉以及入场观众高达225万的观看人数。

Hiburan Fri, 21 Sep 2018

Aiman Hakim Buka Mulut, Jawab Tuduhan Fathia Latiff

Diharap kontroversi ini dapat diselesaikan dengan baik okay!

Hiburan Thu, 22 Aug 2019

Zul Ariffin Kahwin Tahun Depan?

Saya mahu berkahwin pada tahun depan cuma buat masa sekarang…

LIFESTYLE Tue, 31 Jul 2018

Jangan Tahan Kentut Ini Sebabnya..

Kentut yang senyap di panggil silent killer dan ada pula yang kentut macam machine gun. Cuma nak tanya ada ke yang suka tahan kentut

Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Buka ‘Warung Teringin’, Shima Mula Bisnes Nasi Campur

Antara juadah yang bakal disajikan termasuk asam pedas, asam rebus, goreng berlada, masak lemak cili api dan aneka masakan kampung lain.

Events Thu, 14 Mar 2019

Malaya Relived: The Fall of Singapore, the Start of Shafeeq Shajahan’s Historical Series

The young and talented are taking us on a trip down memory lane!

Hiburan Sun, 12 Aug 2018

Pelakon Amisah Abdullah Meninggal Dunia

Menurut Persatuan Seniman Malaysia, Allahyarham yang pergi pada usia 52 tahun tidak sedarkan diri awal pagi ini sebelum pihak perubatan yang tiba mengesahkan arwah telah meninggal dunia.

Hiburan Sun, 11 Mar 2018

Ebby Yus Masuk Hospital Kerana Sakit Jantung

Moga cepat sembuh buat Ebby Yus

Hiburan Sun, 16 Sep 2018

Berat Badan Naik, Laudya Cynthia Bella Pregnant?

Ya, Bella akui berat badannya semakin bertambah. Happy ya kamu?

| Live TV