Drama By: Syafiqa Irdina April 17, 2020 @ 3:39pm

Padu! Budak Tebing Cecah 10 Juta Tontonan, Kini Giliran ‘The Gadis’ Pula Tawan Slot Lestary

Drama bersiri Budak Tebing yang mengambil pendekatan masalah sosial dalam kalangan remaja nampaknya mendapat perhatian dan ikutan ramai sejak disiarkan!

Episod akhir drama ini yang ditayangkan pada 9 April 2020 telah mencecah 5 juta penonton dan secara keseluruhannya, Budak Tebing berjaya mengumpul 10 juta penonton sepanjang siaran 13 episod di slot Lestary TV3!

Di platform digital pula, drama ini telah melebihi 9 juta jumlah tontonan digital di Youtube TV3Malaysia dan Drama Sangat (Sumber: Nielsen dan Youtube Insights).

Budak Tebing menampilkan Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Isqandar dan Firdaus Ghufran. Nampaknya plot penceritaannya yang sarat dengan pengajaran itu ternyata menjadi bualan seluruh rakyat Malaysia sehingga ada yang berharap Budak Tebing 2 bakal diterbitkan pada masa akan datang.

‘The Gadis’ Angkat Tema Kekeluargaan, Akhlak Remaja

Menyusuli Budak Tebing, drama bersiri The Gadis terbitan Mermaid Studios arahan Liyana Jasmay telah mula ‘mengganas’ di slot Lestary pada 10 April 2020 lalu.

Mengangkat tema keruntuhan akhlak remaja yang inginkan kemewahan dan masalah keluarga, drama bersiri yang mempunyai 7 episod ini menampilkan pelakon-pelakon seperti Yuna Rahim, Fatin Afeefa, Erynne Erynna, Hun Haqeem dan Syafie Naswip. 

Fatin Afeefa

The Gadis menceritakan sekumpulan gadis dari kampung yang ingin mengubah hidup masing-masing. Lina (Erynne Erynna) dan Lisa (Yuna Rahim) tinggal bersama ayah mereka, Nad (Fatin Afeefa) bersama Nek Timah. Kepulangan Nad ke kampung, menarik perhatian ramai terutama Lisa kerana semakin cantik dan hidupnya kelihatan mewah.

Lina bertaut kasih semula dengan bekas kekasihnya Shazman, tetapi ibu Shazman lebih menyukai Nad kerana merasakan dia sesuai dengan anaknya yang berkelulusan tinggi. Nad mengajak Lisa ke KL, jika dia ingin menjadi sepertinya. Adakah Lisa akan mengikuti kata hatinya? Apa yang bakal menanti dia di KL?

Kalau nak tahu kenalah tengok The Gadis yang akan bersiaran pada setiap Rabu hingga Jumaat pada jam 9.00 malam di slot Lestary. Strim juga di laman sesawang www.tonton.com.my serta korang juga boleh saksikan di Youtube TV3 Official!

Jangan lupa tengok, enjoy!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Apr 2018

EXO’s Sehun Graces the Cover of New York Times!

What a great gift for Sehun on his birthday!

Trending Tue, 16 Jun 2020
Hiburan Thu, 14 Nov 2019

《2020 AIM中文音乐颁奖典礼》公布入围名单!新生代与天王天后抢最佳男女歌手

《2020 AIM中文音乐颁奖典礼》公布入围名单;最佳男女歌手竞争激烈,可谓新生代与天王天后的对决!

Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Hiburan Sun, 5 Jan 2020
Hiburan Thu, 25 Jan 2018

TIADA MASALAH ANTARA KAMI – FARID KAMIL

Datuk Farid Kamil menyatakan dia tidak mempunyai apa-apa masalah bersama isterinya itu

Hiburan Tue, 26 Mar 2019

Justin Bieber Umum Mahu Rehat Dari Karier Tapi…

Mungkin dah terlalu penat, Bieber perlukan masa untuk buat comeback. Yang pasti, ramai yang tertunggu-tunggi lagu baharu Bieber.

Hiburan Wed, 29 May 2019

‘Cinta Kita’ Buah Tangan Baharu Projector Band

Wow! Buat pertama kali juga Razif rap dalam lagu ‘Cinta Kita’

Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Soundman Rebah Di Lapangan Terbang, Rossa Kongsi Situasi Panik

Semoga dipermudahkan segala urusan Datuk Rossa & team…

Hiburan Fri, 27 Dec 2019

Joked About Being Single, Neelofa Caught On Camera Glaring At Nabil

Maybe the joke was a bit too sensitive for her?

| Live TV