Events By: Salma Syahbuddin April 16, 2020 @ 3:58pm

Hari Pertama Dana PKP Siti Nurhaliza Dilancarkan, Kini Kumpul RM16,763.00

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Siti Nurhaliza Production (M) Sdn Bhd, kini menubuhkan pengumpulan Dana Peduli, Kemanusiaan dan Prihatin (PKP) Siti Nurhaliza.

Menurut Tok Ti, ianya sebagai langkah permulaan dalam mensasarkan pengumpulan dana untuk keperluan segera dalam kategori Peduli iaitu sebanyak RM 50K.

View this post on Instagram

❤️❤️❤️. . Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. mengambil inisiatif untuk membantu para pejuang barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan dengan situasi ini melalui pengumpulan Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Secara ringkasnya, dana ini dinamakan Dana P.K.P Siti Nurhaliza. . Dana ini, objektifnya dibahagikan mengikut kategori iaitu: . 1. PEDULI- Membantu menyediakan keperluan dan peralatan di pusat-pusat perubatan yang terlibat menangani Covid19. . 2. KEMANUSIAAN- Membantu individu dan keluarga yang terjejas pendapatan. Bantuan kepada keluarga yang terjejas pendapatan di samping itu mempunyai anggota keluarga OKU atau penyakit kronik. . 3. PRIHATIN- Bantuan khusus bulan Ramadan dan Syawal kepada golongan yang tidak berkemampuan serta badan-badan kebajikan. . Platform Kitafund dibina bagi memupuk nilai murni untuk menderma disamping memudahkan orang ramai untuk menyumbang di atas talian (online) tanpa ragu-ragu. Orang ramai yang ingin menyumbang boleh klik link di BIO dan pilih kempen ‘Dana P. K. P Siti Nurhaliza’. . Seterusnya, klik butang Sumbang dan pilih cara pembayaran samada menggunakan Perbankan Atas Talian (Online Banking), Kad Kredit/Debit/PayPal, ataupun E-Wallet (Boost/GrabPay/Touch ’n Go). Bagi yang berhasrat untuk menyumbang tetapi menetap diluar Malaysia, anda boleh memilih PayPal sebagai mod pembayaran. . #danapkpsitinurhaliza

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Dan, walaupun baru sehari dilancarkan Dana PKP Siti Nurhaliza ini mendapat respon positif daripada orang ramai.

” Alhamdullillah, semalam hari pertama Dana PKP Siti Nurhaliza di lancarkan , terkini kita sudah mengumpul sebanyak RM 16,763 .00 .. Ayuh semua kita bersama sama membantu seikhlasnya & semampunya bagi meringankan beban sesama kita… Inshaa allah .. ‘Tidak akan papa bagi orang yang bersedekah…” Tulisnya. 

Jadi, untuk korang yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai dana PKP Siti Nurhaliza ini, korang bolehlah klik danapkpsitinurhaliza

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Sep 2019

Mamat Ditahan Satu Ujian, Doakan Exists…

Rata-rata peminat kumpulan lagenda ini memberikan kata semangat di laman Instagram Ajai.

Hiburan Tue, 16 Jan 2018

Betulkah Mengandung? Gurau jer…

Mengidam tu hari-hari saya mengidam sebab saya ini memang kuat makan tetapi mengandung ke tidak…..

FESYEN Tue, 8 May 2018

“Lucu Ada Yang Bercakap Saya Jadi Mangsa Fesyen”- Neelofa Perjelas Isu Baju Saiz Besar

Lofa menyifatkan bahawa beliau sudah lali dengan kritikan dan komen netizen. Baginya, dia cukup bangga kerana dipilih untuk menyarung persalinan berjenama mewah itu pada malam tersebut

Hiburan Wed, 17 Apr 2019
Events Tue, 19 Mar 2019

Reza Rahadian Tak Paksa Badan Kerja Lebih Masa

Kalau double job, aduh gak sanggup…

Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Penyanyi ‘Dear Future Husband’ Sudah Bergelar Isteri, Tahniah!

Awwww…selepas berkenalan selama lima tahun, akhirnya!

Hiburan Wed, 14 Aug 2019

916本地星同唱庆马来西亚日!邓智彰亲自操刀爱国主题曲

《哈咯!马来西亚爱国音乐会》19个单位歌手轮番上阵,唱响916马来西亚日的夜空!

Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Bakal Masuk Set Nur 2, Syafiq Kyle Buat Persediaan Lebih ‘Segar’

Bagi Syafiq, dia tidak nafikan keterujaan untuk masuk ke set dan sekurang-kurangnya dengan pembikinan Nur 2, ia menjadi alasan untuk tenaga produksi Nur berkumpul sekali lagi.

Hiburan Fri, 12 Oct 2018
Events Fri, 25 Jan 2019

| Live TV