Hiburan By: Syafiqa Irdina April 16, 2020 @ 2:38pm

Maria Tunku Sabri Kongsi Resepi Masakan ‘Unik’ Sepanjang PKP, Bubur Jagung Lockdown Pun Ada!

Memasuki hari ke 30 tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, nampaknya ramai individu yang mula memuat naik video memasak mereka!

Selain video pesanan sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang PKP ini, video aktiviti memasak artis tanah air antara yang menjadi tumpuan netizen apabila mereka menunjukkan kemahiran memasak mereka.

Tidak ketinggalan, personaliti popular TV3, Maria Tunku Sabri yang popular menerusi rancangan Jalan-Jalan Cari Makan turut memuat naik beberapa menu masakannya di Instagram.

Uniknya, apa yang mencuit hati netizen adalah nama setiap masakan yang diberikan oleh Maria memang kelakar habis! Jom tengok antara 11 menu masakan dan manisan oleh Maria:

Bubur Jagung Lockdown

Ayam Black Pepper Covid-19

Jering Berlada Perutusan Diva AA

Ketam Masak Lemak Nenas Tak Reti Bahasa

Bread Butter Pudding Perintah Berkurung

Ayam Berempah Takde Moral

Cucur Jagung Cerdik

Burger Menyalak

Ayam Masak Kicap BSH (Bantuan Sara Hidup)

Ayam Geprek Frontliners

View this post on Instagram

Hai semua tengah tunggu masakan saya letew????? Harini sempoi bak hang buat masakan satu rumah akan makan Ayam Geprek Frontliners sempena memperingati Frontliners kita yang berjuang bergadai nyawa sendiri demi menyelamatkan Malaysia????? Frontliners jauh dimata(tengok kat tv jer)dekat dihatiku sayang kamu semua ketat2 sendat2 ????? Nah resipi(sambil lap ayiaq mata teringat kat frontliners) Bahannya : Ayam (Dada+Peha) Tepung Goreng Ayam(kalau nak buat sendiri tepung gandum,serbuk ketumbar,serbuk lada putih,serbuk jintan putih,serbuk jintan manis,serbuk kunyit,garam,gula) Serbuk Cili Cili Padi(merah sahaja) Tomato Bawang Merah Gula Garam Minyak Masak Air Masak Caranya : bersihkan ayam salut dengan serbuk Cili biarkan sekejap untuk meresap..selepas 30 minit salutkan ayam dengan tepung ayam goreng celupkan dengan air masak buat proses ni 2 atau 3 kali lepas tu goreng masukkan dalam lesung penumbuk Sambal tumbuk manja manja letak atas pinggan. Cili Padi merah+bawang merah+tomato goreng dengan sedikit minyak sahaja angkat masuk dalam lesung penumbuk sambal dan tumbuk halus masukkan gula+garam angkat letak diatas ayam hidangkan dengan kicap manis+ sup kosong+daun salad+timun+tomato jika mahu. Selamat Menjalankan Tugas Frontliners ????? #KelasKauMaria #BeautifulMaria #BetulTuMaria #RatuLatePost #MTSOotd #HatersWillHate #LiarsWillLie #IGKenaHacked #IHateHackers #HackerCanGoToHell #LetsCatchHackers #MariaCooks #MariaJJCMCooks #SaluteOurFrontliners

A post shared by Maria Tunku Sabri (@mariajjcm) on

Lempeng Kelapa LHDN

So, kalau ada yang dah bosan dan tidak tahu nak masak apa lagi di rumah, korang boleh lah cuba menu masakan unik ala Maria Tunku Sabri seperti di atas okay?

Selamat mencuba!

Kredit: Instagram Maria Tunku Sabri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Haqiem Rusli Terluka Lagi…

Dalam masa sama, penyanyi yang baru menyambut ulang tahun ke 20, baru-baru ini memaklumkan ada di kalangan artis yang menghentamnya selepas pengumuman untuk bersara dibuat. Alahai…

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Netizen Tegur Cara Pemakaian Zarina Anjoulie

Netizen menegur cara pemakaian Zarina yang bertudung tetapi tidak menutup bahagian yang sepatutnya. 

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

“Panggil Saya Lola” – Wan Sharmila

Lala ke Lola ke, dua-dua pun comel!

Hiburan Sun, 6 Jan 2019

‘Pinjam Otak Kejap Boleh?’, Netizen Puji Adik Anzalna Nasir

Selain cantik, memang hebat sungguh adik-beradik ni!

Events Tue, 7 Jan 2020
Hiburan Fri, 1 Jun 2018

Che Ta Lega Tiada GST?

Che Ta enggan mendedahkan jumlah derma yang akan dihulurkan kerana menurut beliau apa yang dilakukan bukanlah paksaaan tetapi rasa tanggungjawab beliau sebagai rakyat Malaysia

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Amyra Rosli Dan Azhan Rani Dimaki Bertubi-Tubi?

Kena maki pun takpe, yang penting Nur 2 meletop! Tak Gitu?

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

《歌手6》7强名单海报曝光!张韶涵真的来了!

中国歌唱综艺节目《歌手》第6季(歌手6)将于12日再度登场,7大歌手名单正式曝光,包括张韶涵、汪峰、李圣杰等人。其中来自英国的流行歌手Jessie J也跨海来挑战,同时也是首度请到欧美艺人参加,为节目再添新看点。

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Putus sekali lagi, hubungan Justin-Selena sudah berakhir!

Mandy Teefey juga tidak mahu Selena dikecewakan oleh oleh Justin lagi selepas apa yang terjadi sebelum ini.

| Live TV