Trending By: Asrul Haliff March 16, 2020 @ 4:07pm

#LockDownMalaysia; Sudah Bersediakah Kita? Sudah Fahamkah Kita?

Lockdown dan darurat; samakah?

COVID-19 semakin mengerikan! Tak sangka dengan cepat virus ini merebak ke dalam Malaysia! Rasanya baru beberapa hari lepas kita dengar mengenai jangkitan ini di negara China dan hari ini Malaysia sudah mencatat ratusan kes positif!

Tambahan pula, khabar angin Malaysia bakal melaksanakan lockdown juga tidak membantu warga Malaysia yang sudah sediakala panik hinggakan berebut-rebut membeli barang keperluan secara pukal di pasar raya. Netizen apa lagi mulalah luahkan perasaan mereka di media sosial; ada yang menyokong perlaksanaan lockdown dan ada juga yang tolak keras-keras.

Tapi sudah fahamkah kita apakah itu lockdown?

▲ Photo by Alex Buchan on Unsplash

Lockdown tak sama dengan social distancing!

Bila kita cakap pasal social distancing, kita semua faham ini bermaksud inisitif diri sendiri untuk cuba sedaya-upaya berada di rumah atau kawasan bertutup dan elakkan kontak bersama orang lain. Tetapi lockdown tidak sama.

Semasa lockdown, anda masih boleh keluar sekali-kala—cumanya tidak digalakkan—dan segala acara awam serta perhimpunan besar-besaran perlu diberhentikan. Kedai-kedai juga akan diarahkan untuk tutup. Jadi ini bermaksud, anda boleh keluar dan bersiar-siar menghirup udara “segar” di luar tapi jangan haraplah untuk lepak di kedai kopi sebab tak ada orang yang akan buka kedai.

▲ Photo by Nick Fewings on Unsplash

Ya, kenderaan awam masih berjalan seperti biasa.

Jangan takut sebab sekiranya Malaysia laksanakan lockdown, anda tak perlu risau untuk jalan kaki sebab kenderaan awam akan beroperasi seperti biasa. Tapi kemungkinan orang akan berkurangan kerana disitulah dimana orang ramai berkumpul.

Jadi sekiranya anda berhasrat ingin menaiki kenderaan awam, cubalah sedaya upaya untuk berjaga-jaga.

▲ Baca ini: Tangan Bersih Sahaja Tak Mencukupi; Ini Adalah Cara-Cara Anda Boleh Sanitize Pakaian Anda

Semasa lockdown, anda tidak sebebas seperti yang anda sangka.

Bila cakap mengenai lockdown, semua orang suka kerana tidak perlu bersesak-sesak datang ofis, sekolah ditutup dan kerja dari rumah. Tetapi berita baik sampai disitu sahajalah kerana sekiranya terjadinya lockdown, kebebasan anda bakal diterhadkan.

Seperti di Italy, rakyat tidak dibenarkan untuk keluar sesuka hati kecuali lakukan perkara penting; pergi kerja atau mendapatkan bantuan terdesak. Menurut BBC, jika anda didapati berkeliaran di tempat awam tanpa sebab, pihak polis berhak menahan anda dan menyoal maklumat peribadi anda.

▲ Photo by bantersnaps on Unsplash

Tak payah nak panic shopping!

Warga Malaysia sudah mula panic shopping sampai hampir semua pasar raya kehabisan bahan-bahan keperluan. Tetapi dengan sukacitanya dimaklumkan, jika Malaysia berada dalam keadaan lockdown, barang dapur dan keperluan masih boleh didapati di pasar raya besar. Tambahan pula, farmasi serta bank juga akan beroperasi seperti biasa.

Dan sekiranya ini merupakan langkah terakhir untuk menangani virus ini, fahamlah bahawa lockdown bukan untuk selamanya. Ini hanya akan dilaksanakan sehingga keadaan kembali pulih dan jumlah kes dapat dikawal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 30 Oct 2018

「3.5米巨型Hello Kitty」Our Sanrio Times展览齐集吉隆坡

Sanrio由1960年成立至今,已推出过超过400个成员!家传户晓的Sanrio家族成员,又岂止可爱的Hello Kitty一个,其余300多个成员,你又对他们的认知有几多?

Trending Thu, 16 Aug 2018

The Malaysian Population is Shrinking?!

Here’s a bunch of statistics about our country’s demography.

Trending Mon, 4 Mar 2019

坏情绪会造成身体的伤害!正确处理才能有效化解

每个人的身体里,都有情绪的地图,不论是恐惧、焦虑、内疚、压抑、愤怒,还是沮丧,都会影响到身体的器官,想要不生病,就要从做情绪的主人开始。

Trending Tue, 3 Jul 2018

Gunung Agung Kembali ‘Marah’

Kejadian turut memaksa lapangan terbang antarabangsa di kepulauan itu ditutup sementara Jumaat lalu sekaligus mengganggu penerbangan dan menyebabkan ribuan pelancong terkandas.

Trending Tue, 25 Sep 2018

老娘不用人救!迪士尼公主「战士化」比王子还帅

迪士尼动画的角色相信大家都不会陌生,特别是公主们更是给大家留下深刻的印象。但公主只能靠王子拯救吗?

Trending Mon, 15 Jul 2019

Disney Princesses Spotted Dancing to Twice and It’s Super Cute!

If this is what would happen when you’re both a Disney and a Twice fan, TAKE MY MONEY AND SIGN ME UP!

Trending Mon, 18 Jun 2018

Kejam! Alami Halusinasi Sampai Kelar Anak Sendiri

Berdasarkan siasatan awal, suspek tidak mempunyai masalah atau rekod mengalami gangguan mental.

Trending Tue, 1 Jan 2019

Gunung Agung Bali Dalam Status Merbahaya, Amaran Lahar Api DiKeluarkan

Satu Lagi Gunung Berapi Indonesia Meletus, Gunung Agung Bali Dalam Status Merbahaya, Penduduk Sekitar Sungai Diberi Amaran Lahar Api

| Live TV