Trending By: Attiqah Mohd May 15, 2020 @ 3:18pm

‘Dalam 12 Jam Itu Ada 1 Waktu Yang Doanya Pasti Dimakbulkan’- Ini Waktu Mustajab Berdoa Hari Jumaat

Hari Jumaat merupakan hari yang istimewa buat seluruh umat islam. Turut dikenali dengan nama ‘Sayyidul Ayyam’ iaitu penghulu segala hari, Hari Jumaat merupakan hari yang mulia di sisi Allah S.W.T dan dikatakan kemuliannya melebihi Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. 

Peristiwa bersejarah dalam Islam pada Hari Jumaat

Terdapat beberapa peristiwa penting dan bersejarah buat umat Islam antaranya adalah hari bersejarah di mana Allah S.W.T menciptakan khalifah pertama di muka bumi iaitu Nabi Adam AS. Malah, hari Jumaat turut menjadi detik penting di mana Allah S.W.T memerintahkan Nabi Adam untuk keluar dari syurga kerana mengingkari laranganNya memakan buah khuldi. Hari Jumaat turut menjadi hari di mana akan berlakunya pengakhiran segala kehidupan iaitu hari kiamat. 

Kredit foto: Pinterest

Waktu mustajab untuk berdoa pada Hari Jumaat

Doa merupakan senjata utama buat umat Islam dan menjadi kekuatan utama dan penghubung antara hamba dan pencipta-Nya. Doa yang dibisik di bumi dapat didengari di langit, begitulah kekuasaan doa. 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فِي يَوْمِ الجُمُعَةِ سَاعَةٌ، لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ، وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي يَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ

Maksudnya: “Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT akan memperkenankan permintaanya itu”. [Riwayat al-Bukhari (6400)]

Justeru, setiap muslim digalakkan memperbanyakkan doa pada hari Jumaat, ada pun Ulama berbeza pendapat mengenai waktu mustajab berkenaan. Waktu pertamanya adalah ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesai solat. Pendapat ini disokong dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari. Waktu keduanya adalah selepas asar sehingga terbenamnya matahari. Ketiganya adalah waktu ketika solat didirkan sehingga selesai dan keempatnya adalah waktu apabila imam keluar sehingga selesai solat. 

Kredit foto: Pinterest

Namun, yang paling kuat adalah pendapat mengatakan waktu sesudah solat Asar hingga Maghrib sebagaimana ditegaskan Rasulullah:

  • Daripada Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً، لَا يُوجَدُ فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلَّا آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ

Maksudnya: “Hari Jumaat mempunyai 12 jam, padanya terdapat satu waktu yang mana tidak ada seorang hamba yang meminta sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan memberikan apa yang dimintanya itu kepadanya. Maka carilah waktu tersebut pada akhir waktu selepas asar ”. [Riwayat al-Nasa’ie, (1389)] [Hadith ini dinilai sahih oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Nataij al-Afkar, 2/436]

Kredit Foto: pinterest

Banyakkanlah berdoa, muhasabah diri dan melakukan amalan dan  sunnah Rasulullah S.A.W. Semoga kita semua mendapat syafaat darinya kelak. 

Sumber: Laman Web Rasmi Mufti Negara

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 4 Feb 2020

[FOTO] Stylo Habis! Lihat Potret BTS Dan TXT Sempena Sambutan Ulang Tahun Agensi Ke-15

Bukan senang nak tengok interaksi Senior dan Junior macam ni!

Trending Wed, 11 Apr 2018

Aduhai…Bayi Baru Lahir Dijumpai Dalam Tong Sampah!

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan mendapati mayat bayi itu dalam keadaan sempurna, tidak berbau dan masih bertali pusat.

Trending Tue, 21 May 2019
Trending Wed, 20 Nov 2019

Betul Ke Penyokong Indonesia Ditahan ‘Orang Malaysia’ Dalam Stadium

betul atau tidak kena tunggu update terkini di medial sosial platform

Trending Wed, 13 Nov 2019

Tangan Tercucuk Kulit Udang Ada Kuman Berbahaya

hanya kerana udang, lelaki ini maut selepas 3 hari tidak sedarkan diri

Trending Mon, 5 Mar 2018

‘Tak Ada Masalah Terima Cinta Baru. Tapi, Kalau Boleh..’ – Hafiz Hamidun

Empat bulan sudah bergelar duda, kini Hafiz Hamidun akui bukan mudah untuk melalui proses kehidupan seharian. Lumrah bagi semua orang, perasaan sunyi pasti ada lagi-lagi apabila melihat orang lain sudah berkahwin dan hidup bahagia.

Trending Mon, 15 Jan 2018

非一般便条纸 让你变成生活的艺术家

虽然说创作纸雕艺术品需要极高创意及一双巧手,但日本近日有公司推出一款纸雕模型便条纸(Memo纸),顾客不需刻意组装或做任何劳作,只要慢慢撕下、用光了便条纸,纸雕作品就会现形。

Trending Thu, 7 Jun 2018

90年代小孩才懂!没网路也能狂玩手机电脑……

在每个人心中都有一个永远缅怀的黄金年代,对于现在的7、8年级生来说,90年代的许多事物都是难忘的回忆啊!对于废柴这样在90年代长大的孩子真的是如此。

Trending Fri, 5 Jun 2020

| Live TV