Hiburan By: Attiqah Mohd March 12, 2020 @ 4:12pm

‘Dah Hantar Rombongan Merisik’- Mira Filzah Akhirnya Bakal Nikahi Wan Emir Astar Oktober Ini?

Khabar angin mengenai desas desus hubungan antara selebriti popular  Mira Filzah dan Wan Emir Astar semakin kencang bertiup.

Terbaru, pelakon pujaan ramai itu dikatakan bakal  menamatkan zaman bujangnya pada bulan Oktober ini. Desas desus mengenai hubungan Mira Filzah dan anak ahli politik terkenal ini mula dihidu peminat apabila dilihat muncul bersama di majlis persandingan rakan selebriti, Farah Nabilah. 

Pernah satu sekolah, sudah lama mengenali hati budi masing-masing

Mira dan Wan Emir dikatakan sudah lama mengenali hati budi masing-masing sejak dibangku sekolah lagi. Walaubagaimanapun, hubungan mereka dikatakan pernah putus ketika lelaki itu menyambung pelajaran ke luar negara. 

Mira Filzah fitting baju pengantin di butik Rico Rinaldi

Terdahulu,  Mira pernah memuatnaik foto di laman Instastorynya, foto tersebut menunjukkkan Mira berada di butik pereka fesyen terkenal, Rico Rinaldi untuk sesi fitting baju. Malah, pereka fesyen tersebut turut memuatnaik fotonya bersama Mira menerusi laman Instagramnya sekaligus mencetuskan tanda tanya daripada peminat mengenai desas desus perkahwinan selebriti itu. 

 
 
 
View this post on Instagram
 
 

From airport straight to fitting ?? @mfmirafilzah ?

A post shared by RICO RINALDI (@thericorinaldi) on

Wan Emir dah hantar rombongan merisik?

Wan Emir yang merupakan seorang arkitek dipercayai telah menghantar rombongan merisik kepada keluarga Mira. Wan Emir merupakan anak sulung daripadaa 4 orang adik beradik. bu Wan Emir ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid yang baru saja dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) dalam Kabinet Malaysia 2020.

Sehingga ke hari ini, pasangan ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungan mereka. Jika benar, tahniah buat Mira dan Wan Emir. Benda baik tak elok tunggu lama-lama, Semoga dipermudahkan!

Kredit foto: Cari Forum, Instagram Rico Rinaldi 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 10 Oct 2019
Hiburan Thu, 13 Jun 2019

Umie Aida- Erra Fazira Sudah Berdamai

Harap netizen tidak bercakap lagi isu ini,

Hiburan Wed, 13 Jun 2018

Pelakon Veteran Siri Baba Nyonya Meninggal Dunia

Menurut isteri, Fern Loo, mendiang menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan paru-paru.

Hiburan Mon, 12 Aug 2019
Events Wed, 11 Jul 2018

Malaysian Wannables Can Purchase Exclusive Merchandises at CJ WOW Shop

This sale is going on in lieu of Wanna One’s World Tour.

Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Events Tue, 21 Apr 2020
Hiburan Thu, 3 Oct 2019

Api Marak Menjulang Ke Langit Pusat Kualiti Alam Terbakar

Kebakaran melibatkan cecair serta bahan-bahan mudah terbakar di stor Pusat Kualiti Alam

Hiburan Mon, 10 Jun 2019

| Live TV