Hiburan By: Syafiqa Irdina March 12, 2020 @ 8:00am

“Jangan Sebab Terkenal, Suka Hati Nak Maki Hamun Orang” – Pengerusi ANULAE Jawab Isu Kereta Diva AA Kena Saman!

Kecoh dan tular di laman media sosial baru-baru ini mengenai insiden kereta selebriti Azwan Ali atau “Diva AA” yang dikenakan saman oleh pihak penguatkuasa.

Terbaharu, Pengerusi Kesatuan Sekerja ANULAE Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zakaria Abdullah melahirkan perasaan kesalnya terhadap tindakan Azwan Ali yang bertindak memaki hamun pegawai DBKL selepas insiden keretanya dikenakan saman oleh anggota penguatkuasa mereka di kawasan letak kereta di Bangsar.

Boleh Diselesaikan Secara Berhemah

Zakaria menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan berkata, tindakan Azwan Ali adalah sangat tidak wajar apabila isu terbabit sepatutnya boleh diselesaikan secara berhemah. Tambahnya, Diva AA perlu mendukung prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan hidup.

“Saya pelik dengan Diva AA ini. Anggota kita menjalankan tugas. Ada ruang untuk Diva AA terbabit datang berjumpa Pegawai Kompaun dan masa itu ceritalah puas-puas apa sebenar berlaku. Negara kita bukan negara komunis. Semua rakyat berhak dan diberi hak untuk bersuara, mendapatkan hak adil walaupun melakukan kesilapan,” katanya.

Zakaria berkata, kesilapan bukan merupakan kesalahan selagi ia tidak dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

“Janganlah oleh kerana kita terkenal dipuja orang kita boleh sesuka hati memaki hamun anggota perkhidmatan PBT,” katanya.

 

Mesin Meter Parkir Rosak

Azwan tidak berpuas hati dengan tindakan DBKL itu kerana mendakwa sudah meletakkan nota di cermin keretanya memberitahu meter parkir di lokasi terbabit rosak. Sementara itu, menurut Azwan Ali, tindakan yang dilakukannya itu berasas dan bukan kosong.

“Makian saya bukan melulu atau semata-mata nak sembur mana-mana pihak, tapi berdasarkan prestasi mereka yang kalut, hancur, lembap dan apa sahaja yang tak betul di negara kita.

“Jangan main-main dengan Diva AA. Kalau rasa tak nak kena sembur, sila ambil tindakan sebelum saya mengamuk. Itu persoalan saya.

 

 

 

“Dah Maki Berbulan-Bulan Baru Terhegeh Bagi Maklum Balas”

Azwan mengakui tidak hairan sekiranya ada mana-mana pihak mahu mengambil tindakan terhadapnya.

“Kenapa saya dah maki berbulan-bulan, baru DBKL terhegeh-hegeh nak berikan maklum balas. Video itu episod pertama dua bulan lalu. Baru sekarang nak bertindak?,” katanya.

“Silakan bawa isu ini kepada Perdana Menteri atau Yang di-Pertuan Agong sekalipun. Bagi saya isu DBKL bukan perkara baru kerana kebanyakan mesin bayaran parkir di Bangsar sering rosak.

“Satu kerja pula saya nak kena jalan kaki cari mesin semata-mata untuk bayar parkir. Kenapa mereka tak ambil tindakan susulan segera yang sempurna agar orang tak marah,” katanya.

Walau bagaimanapun, Azwan Ali bangga kerana tindakannya ini mendapat sokongan ramai pihak yang sudah lama bersabar dengan kerenah DBKL.

Apa-apa pun, semoga isu ini dapat diselesaikan secara baik oleh kedua-dua belah pihak. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 3 Jun 2019

Adibah Noor Bengang Pengguna Akaun Linked In Guna Tanpa Izin!

Adibah Noor meminta pengikutnya di laman sosial agar melaporkan sebuah akaun palsu dipercayai Linked In yang menggunakan fotonya untuk tujuan negatif.

Hiburan Thu, 25 Jul 2019

#ThrowbackThursday Produce X 101 Moments that Disintegrated Our Wigs and Left Us Gagged Part 1

This post is dedicated to the post-Produce X 101-depressed out there.

Hiburan Fri, 7 Feb 2020

Betul Ke Kamal Adli Dan Hannah Delisha Kena Kahwin ‘Paksa’ ?

Tengok gambar pun dah sweet, inikan pulak cerita dia!

Hiburan Fri, 26 Jan 2018

AZMI KELUAR CALIPH BUSKERS, TAMPIL SOLO LAGU KATA JUANG?

Sarat dengan nasihat dan pesanan, lirik lagu ini dianggap begitu deep tetapi masih mampu difahami

Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Did BTS’ Jin Lose a Bet? WTF is He Wearing?!

Big Hit Entertainment even released a statement regarding his outfit!

Hiburan Tue, 3 Dec 2019

Inikah Natasha Yang Menjadi Pilihan Hati Datuk Seri Eizlan Yusof?

Tak sabar tunggu apa yang diwar-warkan bakal jadi Wedding Of The Year ini!

Hiburan Fri, 21 Feb 2020
Hiburan Tue, 25 Dec 2018

Syifa Melvin Hidap Influenza A?

Get well soon Syifa!

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

Drama Sangat Tour 2018 Melabuhkan Tirainya di Tiga Buah Lokasi Ini

Korang nak tahu bagaiman agaknya gelagat artis korang masuk dalam sawah bendang. jom klik artikel ini

| Live TV