Events By: Salma Syahbuddin March 5, 2020 @ 8:00am

[VIRAL] Puas Dihentam, Syifa Melvin Tampil Buka Mulut Anggap Semua Tuduhan Itu Tidak berasas!

Pelakon, Model dan juga adik kepada Syatilla Melvin, Syifa Melvin akhirnya tampil membuka mulut dan menepis segala dakwaan mengatakan dirinya adalah punca kepada kemerosotan prestasi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid.

Tuduhan itu TIDAK berasas!

Menurutnya, tuduhan yang dilemparkan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadapnya menerusi instagram stories adalah tidak berasas dan beliau menafikan sama sekali dirinya adalah punca utama Safawi tidak menampilkan prestasi membanggakan ketika berada di atas padang.

Sumber : Instagram @syifamelvin

Saya tidak pernah beri tekanan kepada dia…

Sumber : Instagram @safawirasid29

Tambahnya lagi, pemilik nama Nur Syifa Athirah Amirol Melvin ini sekali lagi menegaskan belaiu tidak pernah memberi tekanan kepada pemain yang memiliki kehebatan kaki kiri itu untuk berkahwin sehingga beliau hilang fokus dan prestasi merudum baik ketika perlawanan atau sebaliknya.

Perkara itu turut dikongsi Syifa menerusi muat naik diakaun instagram miliknya beberapa jam lepas.

 
 
 
View this post on Instagram

I didnt open my mouth since benda ni tular.. and i taktau macam mana dorang press ni dapat cerita? Since ramai yg menghentam.. let me spill the tea ☕️ . . .ive been working my ass off cari duit sendiri tidur xckup apatah lagi rehat xcukup just for the sake of nak biayai diri dan menampung perbelanjaan diri sendiri,tak pernah sekali mintak duit “Dia” utk sara hidup… Dia pun kenal Syifa macam mana.. . . . .Part Paksa kahwin, Demi Allah tak pernah sesekali tapi Syifa yakin dan tahu kenapa dia memberi alasan sebegitu, Cuma dia sahaja tahu.. . . . .Dia tak perform atas padang tak kena mengena dengan soal personal, Sekali pun Syifa xpernah usik hal kerjaya dia malah selalu berdoa dan memberi sokongan.. Taktau pulak boleh jadi besar macam ni.. Terima Kasih kepada yg komen maki,hina atau puji.. Syifa doakan korang jgn melatah dengan apa yang korang baca,yg mengalami dan rasai hanya kami berdua.. Semoga semua dalam lindungan Allah swt?

A post shared by #KunciCintaAbadi (@syifamelvin) on

Difahamkan kedua-dua pasangan ini tidak pernah menyembunyikan tentang hubungan mereka apabila Syifa sebelum ini pernah meluahkan tentang status hubungan beliau bersama pemain JDT itu. Malah, Safawi juga dilihat pernah memberikan sebentuk cincin pada hari kelahiran pelakon #Siscuba itu.

Netizen label Syifa ‘Gold Digger’

Akibat beberapa spekulasi mengatakan Syifa adalah punca kepada merudumnya prestasi Safawi, ramai netizen mula melabel diri beliau sebagai ‘gold digger’  kerana sering diberikan barangan berjenama. Malah, Syifa juga kelihatannya sering memuat naik perkara itu di media sosial miliknya.

 

Walaupun segelintir netizen melabel Syifa sevagai gold digger, namun ada juga peminat beliau yang masih mempertahankan pelakon ini dari terus menjadi mangsa kontroversi melibatkan kekasihnya, Safawi Rasid.
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 4 May 2018

Hadiah ‘Berhantu’ Sufian Suhaimi

Ini hadiah hari jadi paling bermakna buat saya, hadiah yang langsung tak dijangka!

Trending Hari Ini Wed, 10 Jun 2020
Hiburan Tue, 12 Nov 2019

Netizen OKU Cari Pasal Dengan Azhan Rani?

Gunalah media sosial untuk kebaikan dan bukan sebaliknya ok?

Hiburan Thu, 1 Feb 2018

Peserta Hero Oven 2 Bengang

Adam, bekas peserta program Hero Oven musim kedua, baru-baru ini dihambat kontroversi apabila meluahkan rasa terkilannya dengan rakyat Malaysia yang gemar menyentuh isu status halal sesuatu makanan.

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

郑欣宜来马任《看见你的声音》来宾「他们都靠不住」

郑欣宜于近日来马为《看见你的声音》担任大来宾;节目中安排的“音痴搜查团” 她笑说他们都「靠不住」,反而是现场观众给了很多意见来协助她。

Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Alycia 323 办「我不完美」音乐会

去年12月推出第二张专辑的Alycia,将敲定于3月23日举办《我不完美》音乐会。

Hiburan Sat, 7 Jul 2018

Aktivis LGBT Dilantik Jadi Pegawai Di KBS? Ini Jawapan Syed Saddiq!

“Terdapat ‘permata’ yang tersembunyi di seluruh Malaysia. Sebab itu saya mengambil pendirian untuk menerima CV (curriculum vitae) dari sesiapa pun. Haaa, dengar tu semua! Bolehlah korang cuba nasib, siapa tahu anda ‘permata’ yang dicari itu!

Hiburan Wed, 12 Sep 2018

四人飙唱《不曾告别》摇滚版!潘越云、齐豫、娃娃和郑怡「云顶开战」

华语乐坛跨时代的「仙级」女歌手齐豫、潘越云、郑怡和娃娃(金智娟)将于11月10日(星期六)在云顶云星剧场首度同台开唱!

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Fathia Perlu Pengawal Peribadi?

Nur Fathia Latiff turut menyertakan satu notis yang dihantar kepadanya untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan. Bagaimanapun, penghantar notis, lokasi dan tarikh siasatan tidak dipaparkan.

| Live TV